Thursday, August 25, 2016

Gasolina Tour 2016 oleh Art Of Speed Malaysia

Antara jentera tema Gasolina Tour 2016 oleh AOS Malaysia yang bakal menjelajah serata Malaysia

Art Of Speed (AOS) Malaysia akan akan menganjurkan 'Gasolina Tour 2016' bermula esok (26 Ogos 2016).

Lawatan atau tour ke beberapa buah negeri itu bertujuan menyokong acara yang dianjurkan oleh kelab dan komuniti permotoran tempatan.

Menurut Pengasas AOS, Asep Ahmad Iskandar, lawatan pertama Gasolina Tour 2016 ialah ke Pantai Tanjung Bungah, Pulau Pinang bagi menyokong acara TryHarder yang akan diadakan pada 26 hingga 28 Ogos.


Ujar Asep, di acara TryHarder, AOS akan bersama-sama peminat motosikal menikmati aktiviti berkonsep santai seperti persembahan muzik dan hiburan, aktiviti tapak perkhemahan serta konvoi motosikal 'Aloha Ride' di sekitar Pulau Pinang.

"Kami juga akan menyertai acara Rollin Wheelz di Pantai Balok, Pahang dan Port Dickson International Bike Fest, Negeri Sembilan.




"Pada kedua-dua acara ini kami akan memperkenalkan AOS Racing Team dan Anugerah AOS2017 VIP Guest," katanya.

Tambah Asep, Gasolina Tour 2016 juga akan menjadi hos parti pelancaran premis baru AOS di Bandar Sunway pada 15 Oktober.

Parti itu katanya akan dihos secara bersama oleh Riders Garage dan juga Beautiful Machines.

Jelas Asep, pada bulan November pula Gasolina Tour 2016 akan berada Puteri Harbour, Johor untuk menyertai acara tahunan Festival Iskarnival.


Pada festival dua hari 12 dan 13 November itu, peminat motosikal dan kereta bakal menyaksikan persembahan yang menakjubkan.

Maklumat lanjut mengenai Gasolina Tour 2016 dan aktiviti AOS boleh dilayari di laman media sosial facebook dan instagram @artofspeedmy.


Olahan oleh Mynn Hamid

Penyerahan Hadiah Cabutan Bertuah AOS16


Wan Muhammad Afiq (atas motor)  bersama Asep serta Dato' Razak bergambar kenangan dengan motosikal bertuah beliau

Art of Speed Malaysia 2016 (AOS2016) yang berlangsung selama dua hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang melabuhkan tirainya Mei lalu.

Pada majlis tersebut, pelbagai aktiviti permotoran seperti automotif, pameran kereta dan motosikal, galeri seni, aktiviti interaktif serta aksi lagak ngeri diadakan.

selain itu, turut diadakan cabutan bertuah dengan hadiah utama motosikal berkuasa tinggi, Triumph Bonneville Street Twin 2016 tajaan Fast Bikes Sdn Bhd iaitu pengedar tunggal Triumph Motorcycles Malaysia.


Dan pada Isnin lalu, pemenang bertuah tersebut, Wan Muhammad Afiq Wan Mamat, 21 tahun membawa pulang motosikal tersebut yang bernilai RM55,900.

Majlis penyerahan berlangsung di ruang pameran Fast Bikes Sdn. Bhd. di Petaling Jaya, Selangor.

Wan Muhammad Afiq yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan memenangi motosikal itu selepas berjaya mendapat tepukan paling gemuruh daripada pengunjung yang hadir selepas memberikan penerangan mengenai slogan yang disampaikan.


"Saya masih tidak percaya saya telah memenangi motosikal ini. Terima kasih Triumph dan AOS untuk hadiah yang hebat ini," katanya pada majlis tersebut.

Wan Muhammad Afiq berjaya meruntun hati setiap pengunjung yang hadir pada AOS 2016 dengan cerita Allahyarham bapanya yang mempunyai minat mendalam terhadap motosikal klasik.

Dia mendapat tepukan paling gemuruh dari para pengunjung AOS dan menewaskan dua finalis lain.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes Sdn. Bhd., Dato’ Razak Al-Malique berkata, syarikat tersebut berbangga dapat menaja motosikal klasik moden terbaru mereka sebagai hadiah cabutan bertuah terbabit.


"Kami mengucapkan tahniah kepada Wan Muhammad Afiq sebagai pemenang model terbaru Triumph Bonneville Street Twin ini.

"Model ini adalah yang terlaris untuk kategori model klasik moden Triumph Malaysia sejak awal tahun ini," katanya.

Tambah Razak, Fast Bikes Sdn. Bhd. melihat dunia permotoran sangat berkembang kebelakangan ini dengan kepelbagaian pengubahsuaian secara inovatif.

Justeru katanya, Fast Bikes Sdn. Bhd. bersedia bekerjasama dan menjadi untuk AOS bagi mengembangkan dunia permotoran.

"Acara AOS adalah platform penting bagi syarikat kami dan dari segi penajaan juga amat penting untuk memastikan kejayaan motosikal Triumph di pasaran dalam tahun-tahun kebelakangan dan juga di masa hadapan," katanya.


pix oleh AOS & TRIUMPH
olahan oleh Mynn Hamid

Friday, July 1, 2016

ANIH BERHAD EDAR 5,000 BEG KUIH RAYA SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI

dari kiri Puan Radzimah Mohd Radzi, Naib Presiden Kanan, Ketua Pengurusan Aset Tol dan Encik Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein, Pengarah ANIH Berhad mengagihkan kuih raya kepada pengguna Lebuhraya di Plaza Tol Gombak
Kuala Lumpur, 1 Julai 2016 – Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, ANIH Berhad selaku pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) menjangkakan purata 264,258 kenderaan sehari akan menggunakan KLK dan LPT 1 pada waktu puncak.

Ia merupakan peningkatan lebih daripada 87 peratus berbanding purata 141,000 kenderaan yang menggunakan KLK dan LPT 1 pada hari-hari biasa. Waktu puncak pada musim perayaan Aidilfitri ini dijangkakan bermula 1 hingga 3 Julai 2016 dan 8 hingga 10 Julai 2016.

Sehubungan itu, syarikat konsesi kepada KLK dan LPT 1 itu kini bersiap sedia dengan mengatur pelbagai strategi dalam memantapkan lagi operasi dan tahap perkhidmatan untuk membantu pengguna menikmati perjalanan yang selesa di sepanjang lebuh raya kendaliannya.

Pengarah ANIH Berhad, Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, antara langkah-langkah utama yang akan diambil pada musim perayaan ini adalah meningkatkan jumlah kakitangan tol sebanyak 20% kepada 400 orang bagi membantu mempercepatkan lagi transaksi pembayaran tol secara elektronik dan tunai di semua plaza tol.

"Seramai 112 anggota pasukan LPT-Ronda akan ditugaskan membuat rondaan selama 24 jam, manakala 15 orang petugas koordinasi trafik turut akan ditugaskan selama 24 jam di Pusat Kawalan Trafik (TCC) bagi menjawab panggilan dari pengguna-pengguna berhubung pertanyaan, bantuan kecemasan dan lain-lain. Selain itu, hampir 70 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut akan bersedia 24 jam di lokasi strategik untuk menyalurkan sebarang bantuan tambahan dan kecemasan kepada pengguna.


“ANIH Berhad juga turut menempatkan kira-kira 200 anggota RELA sehari di semua plaza tol serta kawasan rehat dan rawat manakala semua kerja penyelenggaraan dan naik taraf lebuh raya juga dihentikan sementara bermula 30 Jun sehingga 13 Julai ini,” katanya selepas Majlis Pemberian 5,000 Balang Biskut dan Kuih Raya Kepada Pengguna Lebuh Raya di Plaza Tol Gombak, di sini hari ini.

Program edaran biskut dan kuih raya kepada pengguna lebuh raya itu diadakan setiap tahun sebagai salah satu daripada langkah Syarikat menghargai sokongan pengguna lebuh raya serta menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Persiapan-persiapan lain dalam menghadapi pertambahan trafik termasuk:

  1. Menyediakan Cadangan Waktu perjalanan bagi memastikan perjalanan yang lancar dan jumlah trafik yang terkawal. 
  2. Mengaktifkan lorong tambahan di setiap plaza tol apabila berlaku peningkatan trafik.
  3. Menempatkan kakitangan tambahan di hadapan setiap lorong tambahan untuk melakukan transaksi tol (mobile transaction in tandem) bagi mempercepatkan lagi transaksi.
  4. Menyediakan waktu operasi selama 15 jam sehari dari 7 pagi hingga 10 malam di Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) Plaza Tol Gombak, Bentong, Karak, Temerloh dan Kuantan. Servis yang ditawarkan termasuk tambah nilai kad TnG, jualan kad TnG, jualan On Board Unit (OBU) SmartTAG dan kaunter aduan dan pertanyaan pelanggan.
  5. Menyediakan khidmat tambah nilai dan pembelian kad TnG menerusi kiosk layan diri TnG di Hentian Sebelah Gombak dan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah.
  6. Meningkatkan kekerapan tugas rondaan dan pemantauan, khususnya di lokasi-lokasi utama kesesakan atau kemalangan bagi membantu pengguna-pengguna lebuh raya yang terbabit dalam kecemasan, kemalangan, kerosakan dan lain-lain.
  7. Menyediakan lori tangki untuk membekalkan sumber air bersih di R&R Gambang, Pahang susulan tekanan air yang rendah.


Yamaha MT-09 making its debut! Tracers ready!


SG BULOH, 01 JULY 2016 – Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (“HLYM”) today announced the launch of its latest big bike model, Yamaha MT-09 TRACER - a 4 stroke, 847 cc liquid-cooled 3-cylinder engine with fuel injection motorcycle.

The introduction of the MT-09 TRACER marks the fifth major model in HLYM’s big bike product line-up, and stands out as its new flagship model. It will complement the current model range of XJ6, MT07, MT-09 and XV950R.



The MT-09 TRACER is a light touring bike that packs lots of power and represents an ultimate weekend tourer. At only 190 kg (dry weight) and equipped with a 847 cc 3-cylinder high torque engine, the TRACER is designed to thrill to the limits. TCS (Traction Control System) and ABS (Anti-lock Brake System) are standard features on the TRACER.


The new Yamaha MT-09 TRACER (CBU) is priced at RM 59,900 (excluding road tax, insurance and number plate) and will be available at selected authorised Yamaha dealerships nationwide starting from mid-July. It comes only in RACE BLU colour. 

Customers now have a wider Yamaha big bike model choice to match their discerning lifestyles and riding preferences.











pics by Yamaha

Tuesday, June 14, 2016

Newly Proton Perdana Variant Starts at RM113,888.00



PUTRAJAYA, 14 June 2016 – PROTON Holdings Bhd (“PROTON” or “the Company”) is proud to unveil the new 4th generation Perdana, the highly anticipated car that seamlessly integrates dynamic design and elegance for an enjoyable drive.

Held at Putrajaya International Convention Centre (PICC), the new Perdana was unveiled by YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Prime Minister of Malaysia, accompanied by YBhg. Dato' Sri Syed Faisal Albar, Chairman of PROTON and YBhg. Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Chief Executive Officer of PROTON.


The unveiling marks PROTON’s re-entry into the D-segment market with the 2.0 and 2.4 variants, featuring a sophisticated yet sporty executive sedan.

“PROTON stopped the production of the Perdana in 2010 and the anticipation of the general public for us to produce a new Perdana has pushed us to produce a new level of affordable premium comfort, packaged in this distinctive stylish car. We took great care to ensure that the car is ready to be launched as the new Perdana signifies a new PROTON - we want to give a new experience to our customers - Customer First. The new Perdana symbolises a new aspiration for PROTON to give the best to its customers - best value for money for cars and after sales services,” said Dato’ Fuaad.



“We are truly blessed that we have a large following and strong interest in the new Perdana long before the launch and we appreciate all the feedback we received. We know that Malaysians want us to do better and we cannot disappoint them. We took our time to ensure that the new Perdana is ready for the launch,” Dato’ Fuaad added.

“Since we started to open bookings for the new 4th generation Perdana in February 2016, we have received around 900 bookings nationwide and we expect to sell around 3,000 cars by end of 2016,” he added.
  



Developed by PROTON via strategic collaboration with Honda Japan Ltd, the new Perdana, under the platform-sharing initiative has been further enhanced by PROTON in terms of the car’s handling and comfort. In addition, PROTON has also made significant aesthetic and aerodynamic enhancements to the new Perdana to suit the current market requirements.

Priced at RM113,888.00 and RM138,888.00, for the 2.0 and 2.4 variants respectively,  the new Perdana 2.0 comes with a 4-cylinder 16-valve SOHC engine producing 154 horsepower and 189Nm torque, while the Perdana 2.4 comes with a 4-cylinder 16-valve DOHC engine producing 178 horsepower and 222Nm torque.



“Conveying both class and exclusivity with simple elegance, the aerodynamic bold exterior features, distinctive Proton “wings” front grille, HID projector headlamps, LED rear combi lamps, dual zone air-conditioning, and all round sensors with reverse camera, among others, make the car such a pleasurable drive. Our cabin on the other hand, redefines interior space with its multi-contoured seats and generous legroom and headroom,” Dato’ Fuaad added further.

“Besides exuding a stunning design, the 4th generation Perdana is engineered with safety in mind. Its suite of driver’s aids, independent double-wishbone front suspension for improved grip and better stability when braking, and active and passive restraints ensures optimal protection for both driver and passengers,” he said.


With advanced GPS navigation system and PROTON infotainment system, the new Perdana allows one to optimise and customise the driving environment, making journeys even more comfortable and confident.

“Coming into a new era after 30 years, we recently made a pledge to our customers to offer cars with better value, enjoyable drive and safety. From the smooth handling to the spacious interior to distinctive features, the new Perdana personifies the new PROTON,” Dato’ Fuaad added.



A brand new Ruby Red is introduced to the new 4th generation Perdana with five other colours available for both variants. They are, Sterling Silver, Graphite Grey, Cotton White, Midnight Black and Citrine Gold.

Customers can view the all new 4th generation Perdana in all PROTON Edar showrooms nationwide and it can be booked with a deposit of RM1,000. Test drive units are available at selected PROTON showrooms and customers are advised to contact Customer Care at 1 800 888 398 for more information on the nearest PROTON outlet for the test drive.


Monday, June 13, 2016

THE OFFICIAL OPENING OF PROTON'S 3S SHOWROOM IN CHILE


SUBANG JAYA, 10 June 2016 – At the launch of the Proton Prevé in Santiago, Chile on 28 May 2016, PROTON Holdings Berhad ("PROTON" or "the Company") officially opened its first 3S showroom with Andes Motor, PROTON's exclusive distributor in Chile. The 3S outlet, located in Irarrazaval, Santiago, 15 minutes away from the city centre, was officiated by Encik Mohd Khalid Yusof, Director of Transformation and Head of International Sales of PROTON, together with Mr Jorge Greene Diaz, General Manager of Andes Motor and Mr Maximilliano Sfeir, Business Manager of PROTON; witnessed by His Excellency Dato’ Dr. Mohamad Rameez, Malaysian Ambassador to Chile.

The 3S centre is managed by Andes Motor, a subsidiary of the Kaufmann Group, a leading distributor of buses, trucks and luxury cars in Chile with a vast network to provide proven sales and after sales services.


"The 3S centre is important to provide excellent sales and after sales services to our customers. There are 3 service bays just behind the showroom which can be further expanded, if necessary. Overall, the 350 metre-square area can accommodate 3-4 cars to be serviced at any one time, with four dedicated parking bays for customers," said Khalid.

In Santiago itself, there are five other 1S outlets located within the Oeste Plaza Mall, Ayr, Technocid, Technosur and Antivero. Apart from Santiago, other outlets are in Sucursal Pajaritos, Las Parcelas, Quilicura, San Bernado and Vespucio. The network is expected to grow with the addition of left-hand drive Exora and Saga models in the near future.


Pursuant to the showroom opening on the same day, the Proton Prevé was launched in Plaza Oeste, one of Santiago's popular malls. The encouraging response at the launch, saw 1,000 people gathered to witness the lucky draw that granted one winner the chance to drive home a brand new Proton Prevé out of 2,000 entries received. His Excellency Dato' Dr Mohamad Rameez and Cik Ezzwani Ahmad, Trade Commissioner of MATRADE in Chile were also present to witness the event.

Excited to see the encouraging response from the public, Maximilliano said, “We have confidence in the Proton Prevé. The media here have tested the car and given positive feedback. Marketing becomes effortless when the car can convince the market by itself.”


As reported in March 2016, PROTON announced that the start of sales for the Prevé in Chile is targeted to be in May 2016 followed by the Exora and Saga in November 2016. Currently, the models that will be available for the Chilean market are the Prevé 1.6 Standard MT, Prevé 1.6 Executive MT and Prevé 1.6 Premium CVT. 


In tandem with efforts to promote Proton products in Chile, PROTON also handed over a Proton Exora to the Malaysian Embassy to help promote Malaysia in this Latin American country. HE Dato’ Dr Mohamad Rameez graciously received the MPV on behalf of the Embassy at the Irarrazaval showroom after its officiation.

Sunday, June 12, 2016

PENUTUPAN TEROWONG GENTING SEMPAH


Karak, 10 Jun 2016 – ANIH Berhad ingin memaklumkan bahawa Terowong Genting Sempah hala Timur akan ditutup kepada lalu lintas bermula jam 8 pagi, 13 Jun hingga 12 tengah malam, 17 Jun 2016. Penutupan ini adalah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan di dalam terowong.

Susulan itu, ANIH Berhad mengambil langkah alternatif dengan mengaktifkan satu laluan kontra di Terowong Genting Sempah hala Barat bagi memudahkan pengguna lebuh raya hala timur menuju ke Kuantan. Kerja-kerja penyelenggaraan ini merupakan penyelenggaraan secara berkala dan telah mendapat kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pihak ANIH Berhad terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama dari semua pengguna lebuh raya.

Pengguna LPT disarankan mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman Twitter @LPTTrafik atau menghubungi talian LPT-Line di 09-5947 111 bagi mengetahui sebarang perkembangan terkini di LPT.

Segala kesulitan amat dikesali.